1- Di antara jenis-jenis bonus
a) Bonus Runcit – Bonus hasil jualan kad prepaid (kurang lumayan).
b) Bonus Penajaan – Bonus yang diperolehi apabila kita atau downline kita menaja ahli baru (lumayan).
c) Bonus Overriding – Bonus hasil jualan kad prepaid oleh ahli-ahli di bawah kita (lumayan).
d) Bonus CM Club – Bonus daripada downline kita yang telah mencapai pangkat CM (lumayan).
e) Bonus MobilePreneur (MP) – Bonus bila kita atau downline kita upgrade keahlian kepada MP (lumayan).
f) Bonus Kepimpinan – Bonus yang diberi secara bulanan apabila kita telah mencapai pangkat 2-Star CM dan ke atas (AMAT-AMAT LUMAYAN).
g) Bonus Salespool – Bonus bagi Agen yang berjaya membuat jualan mingguan melebihi RM500 (lumayan).
Pendapatan atau keuntungan yang akan diperolehi oleh Agen adalah melalui 2 cara iaitu :-
• Menjual
• Menaja
Agen perlu menumpukan kepada penajaan yakni membina jaringan kumpulan anda bagi memperolehi bonus yang tinggi pada setiap minggu. Dengan membina jaringan juga akan membolehkan Agen mendapat kenaikan pangkat yang cepat dan seterusnya menikmati pelbagai jenis bonus yang disediakan oleh MyMode.
Anda nak yang mana….?.
Menjual atau menaja?…. Pilihan di tangan anda.
2- Kelayakan mendapat jenis-jenis bonus mengikut pangkat
a) Mobile Agent
b) Mobile Manager
c) Chief Mobile
d) Junior CM – Star CM
e) 2-Star CM ke atas
Setiap pangkat mempunyai keistimewaan tersendiri dan semakin tinggi pangkat yang dicapai oleh seseorang Agen, semakin lumayanlah bonus mingguan/bulanan yang akan diterima. Jangan cepat berputus asa dan usahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai pangkat tertinggi di dalam sistem ini (5-Star CM – 24 cabang CM).
Jumlah bonus bagi setiap Agen MyMode akan dihantar secara SMS pada setiap pagi Khamis. Bonus yang diterima pada setiap minggu adalah bagi urusniaga pada hari Isnin hingga Ahad minggu sebelumnya. Agen juga boleh melihat kedudukan akaun MyMode masing-masing di laman web MyMode (log-in ke Mobile Lounge).
Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Jangan hiraukan apa orang lain kata. Pada peringkat awal, pendapatan kita adalah “Pendapatan Aktif” tapi insyaAllah lama-kelamaan akan bertukar menjadi “Pendapatan Pasif”.









